TiaDa JuDuL

HiDuPKu BaGai SKRiP FiLeM YaNG BeLuM SiaP

5:22 PM

MaLaM TeNGoK LaKi BiNi BeRJoGeT

aKu YaNG TuLiS Hairi Tahir |

Terima kasih pada Chi - Kak Farah - Eju untuk pas masuk ke Malam Kemuncak Sehati Berdansa + Post Party. Not really a big fan. Tapi bila Bunda dah buka tv depan mata tiap-tiap Sabtu tanpa gagal, saya yang duduk berdekatan dengan laptop di hadapan mata, sesekali mengerling ke arah tv. Kira tahulah juga apa yang berlaku.
.
Sazzy vs. Sein. Pusingan satu, saya berikan pada Sein dan Nana. Pengisian penuh. Terdapat 'ruang kosong' yang tidak diisi dalam persembahan Sazzy dan Naz. But they pulled out a jaw-dropped stunt once in a while.
.
Pusingan dua. Tiada syak. Sazzy dan Naz. Mata saya tidak dapat mengerling Sein dan Nana langsung. Memang Sazzy dan Naz outshine Sein dan Nana.
.
But Malaysian voted. Or shall I say, Sein and Nana's fan voted more. Jika saya, saya akan berikan trofi pada Sazzy dan Naz. Tapi Sein dan Nana juga merupakan pesaing yang hebat dan saya kurang bersetuju jika ada yang berkata Sein dan Nana tidak layak ke final.
.
Anyway...
.
Citer cambest jek. Ni la bukti saya ke sana. Kak Lisda & Abang Fauzi memang best & kewl!
.

.

Hairi Tahir

7:53 PM

SuRaT KePaDa KaK SRi SiaNTaN

aKu YaNG TuLiS Hairi Tahir |

Kehadapan Kak Sri Siantan,
.
Salam sejahtera, moga sihat hendaknya. Saya ada luahan rasa ingin dikongsi bersama. Jalan Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras & Jalan Kuda Lari, Country Heights, Kajang. Saya tidak pernah rasa bahawa kedua-dua kawasan kediaman di atas ialah kawasan pedalaman di mana penduduk etniknya mengamalkan aktiviti berburu menggunakan sumpit untuk menampung kehidupan seharian. Atau begitu jauh umpama tempat bertapa menunggu wahyu atau pencerahan agung. Atau pun satu kawasan kejiranan puak Tasaday yang ayu dan macho berposing untuk buku teks Sejarah tingkatan satu. Ataupun sebenarnya kedua-dua kawasan yang saya sebutkan di atas merupakan kawasan yang terletak di lingkaran segitiga bermuda secara geografi? Kepada mereka-mereka yang berkenaan, percayalah sesungguhnya kedua-dua kawasan yang saya sebutkan sebentar tadi merupakan satu kawasan yang sudah membangun dan memiliki populasi masyarakat majmuk yang menyahut seruan kerajaan ke arah Satu Malaysia. Orang dewasa menyara hidup bekerja di kota. Kanak-kanak dan remaja bukan sahaja sudah menerima pendidikan tanpa perlu bersusah payah menggunakan rakit untuk ke sekolah, malah sudah memiliki akaun facebook dan twitter. Warga emas juga sudah pandai menekan butang R untuk memeriksa kedudukan terkini Sehati Berdansa di Astro Ria. Pendek kata, mereka sudah mahir dengan teknologi terkini. Sungguhpun demikian, hati ini sedikit lara dan duka kerana liputan W1Max dan Digi Broadband menyedihkan. Kelajuan Celcom dan Maxis juga (laju ke?) masih di tahap kurang memberansangkan. Saya rasa jika perkhidmatan dial up (yang pernah digunakan oleh Trynosaurus Rex dan Nefertiti suatu ketika dulu) mesti lebih laju daripada perkhidmatan yang saya terima ini. Saya menjalani hidup nomad ke sana ke mari. Maka sila jangan kemukakan cadangan fixed line kepada saya atau anda saya sumpit di punggung.
.
Yang benar,
Jejaka tension nak connect internet lembab nak mamposk.

1:36 PM

SaPa Mau KaWeN SaMa aKu, SMS oN CiNTa

aKu YaNG TuLiS Hairi Tahir |

kredit foto: Amrul Kareem

Tahniah buat Siti Nurdina (Dina) & Mohd Faizal (Ajai) yang telah selamat diijabkabulkan minggu lepas. Kedua-dua mereka merupakan kenalan rapat saya sewaktu menuntut di UIAM dulu. Dina merupakan seorang pelakon Mock Trial yang hebat. Manakala Ajai bukan sahaja ahli sukan yang aktif, tetapi juga pemain gitar yang cool. Sekali lagi, tahniah buat mereka berdua.
Kredit Foto: Safwan
Dan ini ialah saya dan Akmal Huda. Oh, tidak. Kami tiada kaitan atau mempunyai konotasi seperti di atas. Cuma sekadar rakan yang diberi mandat mengacara majlis tersebut. Gambar ini kelihatan tenang, bukan? Sebenarnya, dalam hati kami chuak sebenarnya kerana skrip masih dirangka sedangkan kami memiliki 30 minit sahaja sebelum majlis bermula. Dan saya masih belum mengikat samping ketika ini. (Saya kebiasaanya memerlukan 20 minit masa untuk mengikat samping, jika anda masih ingat).
.
Nota kaki 1: Lantaran banyak perubahan, akhirnya kami berdua emcee secara spontan. Skrip tolak ke tepi. Memang sungguh macho keadaan itu. :p
Nota kaki 2: Mengambil kesempatan mengucapkan selamat pengantin baru juga kepada Shehan dan Haris (Maaf tidak dapat menghadiri majlis anda kerana urusan keluarga di saat akhir), Khalifah Amirah & Akmal, Masyfu'ah dan pasangan serta Akmal dan pasangan.
Nota kaki 3: Manager saya mencaras saya ek di hari perkahwinan Ajai - "Wah, asyik engkau je mengemcee kan orang, bila lagi kau nak diemceekan?" Saya tergamam dan buat bodo je... lalalala....
Nota kaki 4: Tahun depan, untuk Februari saya menjadi pengapit untuk dua pasangan: Jimi & Eju serta Azmi & Umi. Perlu berjoging kuruskan badan nih!
.
Tulus,
Hairi Tahir

7:11 PM

SiNBaD: BaTu PeRMaTa DeWa

aKu YaNG TuLiS Hairi Tahir |

Sinbad: Batu Permata Dewa
11 - 13 Disember
Panggung Bandaraya DBKL
8:30 - 10:30 malam
.
* * *
.


Sinopsis
Teater Bangsawan Sinbad mengisahkan Kerajaan Syarib, di mana Ratu Sheeba lakonan Syafinaz Selamat mencuri Batu Permata Dewa milik Puteri Jasmin lakonan FaraWaheeda. Batu Permata Dewa mempunyai kuasa sakti menukarkan manusia kepada bentuk haiwan dan batu ini menjadi pewaris kepada Kerajaan Syarib dan dijaga Puteri Jasmin.
.

.

Tiada seorang pun pahlawan dapat melawan Ratu Sheeba lalu Raja Syarib memerintah Sinbad lakonan Aris Kadir selaku tawanan istana untuk mendapatkan Batu Permata Dewa. Sinbad diberi tempoh untuk mendapatkan batu sakti itu ataupun setiap isi tawanan Kelasi Sinbad akan dibunuh. Sinbad meletakkan syarat Puteri Jasmin turut serta dalam pelayaran itu.
Ratu Sheeba menghalang pelayaran Sinbad manakala Sinbad pula tertipu dengan muslihat sihir Ratu Sheeba dan ditawan. Kelasi - Abdul dan Puteri Jasmin disihir menjadi haiwan. Dayang istana yang bersama Sinbad memperdayakan pembantu Ratu Sheeba iaitu Mumbra, Kumbra dan Yaman serta mendapatkan kembali Batu Permata Dewa dan berlakulah pertarungan antara Sinbad dan Ratu Sheeba. Ratu Sheeba tewas dan Batu Permata Dewa Berjaya dipulangkan kepada Kerajaan Syarib.

.
Sumber: Berita Harian, 11 Disember 2009

.

Penganjuran Mengecewakan

Untuk 300 penonton masuk adalah percuma. Maka semua hadir dengan ekspektasi mendapat peluang saksama. Kami fikir kami memilih langkah yang bijak dengan menelefon pegawai bertugas dan membuat tempahan sebanyak 25 orang. Tidak cukup dengan panggilan telefon, saya sendiri SMS ke nombor yang pernah diberi. Kami silap besar kerana leka di dalam zon selesa. Kami fikir kami telah menempah maka kami selamat. Silap.

.

Pukul 7:15 maghrib kami tiba, sudah berpusu-pusu rakyat Malaysia menanti di pintu. Kami ke kaunter untuk memastikan kedudukan kami yang telah ditempah awal. Pegawai bertugas memeriksa. Tiada! Seolah kami tidak pernah membuat panggilan! Nama perwakilan kami tidak tersenarai. Kecewa. Tetapi tidak marah atau bengang. Hanya kecewa. Kami sedar. Masuk percuma. Kami tidak boleh berlagak diva seperti bangsawan kelas atasan yang telah memberikan tajaan. Hakikatnya kami malam itu merasakan kami umpama pengemis yang menanti peluang keemasan. Pengajaran: Jika anda sudah membuat tempahan untuk persembahan teater anjuran DBKL dan JKKN, jangan mudah percaya nama anda sudah dikira masuk. Sedih. Tetapi apa boleh buat. Kami tiada hak apa-apa. Sungguhpun begitu, kami amat menghargai usaha beberapa pegawai bertugas yang masih cuba untuk membantu kami mendapatkan tempat duduk.

.
Pintu dibuka. Saya, Affa, Kak Lisa dan suami cuba mendapatkan tempat duduk untuk 20 orang. Sedang penonton berpusu-pusu mahu duduk. Sesetengah menggunakan tag "Kami FaraWaheeda fanclub" atau "Kami Syafinaz fanclub" sebagai tiket kononnya mereka mempunyai hak yang lebih untuk mendapat tempat duduk. Saya kesal keadaan ini. Seharusnya sesama fan club bertegur sapa dan beramah mesra, namun akibat penganjuran yang lemah ini, kami seolah berbunuhan sesama sendiri kerana mahukan tempat duduk. Keadaan di luar kawalan. Kami melepaskan beberapa tempat duduk kerana tidak mahu bertengkar dan berlaku biadap. Maka duduklah sesetengah daripada kami di atas lantai. Bayangkan keadaan ibu-ibu yang mengandung, ibu yang memegang kanak-kanak kecil. Aspek keselamatan kurang diberikan perhatian. Maaf. Tidak diberikan perhatian. Saya beralah tempat duduk dan duduk di atas tangga. Berdekatan dengan pentas. Mood sudah hilang. Bukankah lebih baik jika mereka mengenakan sedikit bayaran? Jika tidak mahu ambil sekalipun bayaran tersebut, berikan sahaja untuk anak-anak yatim. Sekurang-kurangnya keadaan seperti ini tidak berlaku.
.
Mood hilang. Terasa mahu keluar dewan. Namun saya gagahkan jua. Mahu lihat guru saya beraksi.
.
Persembahan Bermula
Mantap. Jika terpaksa bayar RM50 sekalipun saya rasa berbaloi. Setiap saat saya menikmati pementasan itu dengan puas sekali. Mood saya yang hilang dek penganjuran lemah tadi kini hilang. Hilang semuanya. Saya sudah mula tertawa. Gelak besar.
.
Lakonan Aris Kadir persis Captain Jack Sparrow dalam Pirates of Carribean pada mula cerita. Kemudian, dinamiknya berubah kepada romantis bercinta dengan Puteri Jasmin. Jika sebelum ini, anda lebih mengenali beliau sebagai koreografer AF7, beliau juga merupakan pelakon pentas yang mantap.
.

Persembahan FaraWaheeda bagi saya biasa sahaja. Tidak begitu memberikan impak. Namun, beliau tidak pula mengecewakan.
.

Dan sudah tentu, markah tertinggi saya berikan kepada Syafinaz! Walaupun ini debut pertama beliau sebagai antagonis, saya rasa amat puas dengan lakonan Syafinaz. 5 bintang!
.
Dan setan tiga ekor bernama Mumbra, Kumbra dan Yaman sememangnya menggeletek hati anda daripada awal persembahan sehingga akhir persembahan. Sehingga anda sentiasa menanti-nantikan babak yang melibatkan mereka. Aksi yang spontan, bersahaja dan lawak sememangnya telah menggenggam perhatian penonton sepanjang persembahan. Mungkin ada yang slapstik, tapi saya tidak tahu mengapa saya masih tertawa dan terhibur. Jujur, terlalu kelakar sehingga saya rasa mahu naik ke atas pentas dan melempang mereka bertiga supaya berhenti membuat lawak!
.
Kombinasi Syafinaz dan setan tiga ekor ini, kadang-kala telah menenggelamkan percintaan Sinbad dan Puteri Jasmin. Penonton lebih ternanti-nanti babak melibatkan Syafinaz dan setan tiga ekor ini daripada terus menghayati percintaan Sinbad dan Puteri Jasmin.
.Pelakon-pelakon tambahan juga tiada yang mengecewakan langsung. Sesekali saya beralih daripada fokus kepada pelakon utama kepada menilai pelakon tambahan. Jelas. Mereka juga menjiwai watak walau mereka tahu watak mereka tidak sebesar mana.
.
Secara keseluruhannya, persembahan ini AMAT menghiburkan. Begitu hebat sehingga berjaya merubah mood kami yang kecewa dan sedih dengan penganjuran, kepada gembira, tertawa selepas tamat persembahan dan melepak di kedai mamak dan masih bercerita kisah Sinbad.
.
Tahniah kepada seluruh warga produksi!
.
Meter Orgasma: 10/10!
.

Bergambar bersama Cikgu Aris

.
Notakaki: Maaf kepada Kak Retna dan Kak Azryna kerana anda terpaksa berdiri dan kemudian menonton di luar. Kami tidak dapat menyelamatkan tempat duduk anda.

.
Tulus,
Hairi Tahir

5:15 PM

HuDa, SCHu & MuRNie

aKu YaNG TuLiS Hairi Tahir |

Among My Favorite Girls. Diambil menggunakan Salma di Majlis Perkahwinan Dina & Ajai, pada hari Sabtu, 12 Disember 2009.
.
Saya mendefinisikan 'cantik' itu sebagai merangkumi luaran dan dalaman. Untuk definisi itu, mereka bertiga - Huda, Schu dan Murnie, merupakan antara wanita-wanita paling cantik pernah saya temui.
.
Mereka bersama-sama dengan saya tatkala saya disanjung tinggi. Dan mereka bersama-sama saya tatkala saya dinista dikeji. Mereka tetap mengutip saya walau saya si dayus di tepi lorong busuk bernanah dan berkusta di kaki.
.
Untuk itu, saya sedikit kedekut untuk berkongsi mereka dengan anda.
.
Tulus,
Hairi Tahir

3:43 PM

KeTeMu NaTRaH Di iSTaNa BuDaYa

aKu YaNG TuLiS Hairi Tahir |

.
Puas.
Walau tempat duduk bernilai RM30 tingkat atas.
Walau ruang kaki sempit bagai seat kelas ekonomi dalam bas.
Sekali lagi. Aku puas.
.

Saya silap. Mungkin Maya Karin terlalu tua untuk Natrah, si gadis 13 tahun. Namun penjiwaan Maya Karin membawa saya terbuai dengan keriangan dan innocence alam anak-anak muda remaja. Kecuali ketika saya hanyut dengan alam percintaan Natrah dan Mansor Adabi yang saya lihat umpama percintaan orang dewasa. Kemudian perlahan-lahan saya ditarik kembali ke alam keriangan muda Natrah tatkala Natrah berkata kepada Mansor Adabi selepas mereka dinikah gantung:
.
"Abang, bila kita nak balik Kemaman. Natrah tak sabar nak main dengan Harun dan Zainon"
.
Notakaki: Motif kao nak ajak laki kao main sorok-sorok dengan kawan-kawan kao?
.
Remy Ishak sememangnya kegilaan ramai gadis. Dan juga lelaki. Huh. Pemilihan beliau sememang tepat atas dasar kelarisan pasaran, feature wajah yang sama generik dengan Mansor Adabi (lonjong tanpa berpetak segi) dan potensi bakat besar yang dimiliki. Sukar juga untuk saya bayangkan pengganti Remy Ishak untuk watak Mansor Adabi ini.
.
Bagi saya, tiada apa yang baru telah ditonjolkan oleh Umi Aida sebagai Che Aminah. Umi Aida seperti yang kita pernah lihat dan nilai di kaca tv. Kekal hebat kerana beliau sendiri merupakan nama yang gah di industri lakonan dan pementasan. Cuma kadang terfikir, bagaimanakah impaknya jika yang menyandang watak Che Aminah itu ialah Fauziah Nawi atau Wan Maimunah?
.
Samantha Schubert sebagai ibu kandung Natrah iaitu Adelaine juga telah menyentuh jiwa kita, meletakkan kita di dalam dilema pemilihan antara Che Aminah dan ibu kandung Natrah sendiri. Apa yang dilalui ibu kandung Natrah bukan mudah. Suami telah ditangkap tentera Jepun. Untuk mencari suaminya, Adelaine terpaksa menyerahkan Natrah kepada Che Aminah yang merupakan rakan karibnya, demi mencari suami tercinta. Kepulangan Adelaine, Che Aminah telahpun pulang ke Tanah Melayu dan gagal dikesan. Bayangkan seorang ibu berusaha mencari anaknya selama 13 tahun! Adelaine hanya menuntut hak sebagai ibu kandungnya.
.
Skor markah tertinggi sudah tentu saya beri kepada Sofea Jane. Membawa watak tua bukan mudah bagi saya (saya pernah mencuba). Setiap kalimah yang dilafazkan oleh Sofea Jane sebagai Natrah berusia 70-an itu umpama merangkak-rangkak ke atas, menemui saya dan menjentik jiwa saya, sehingga saya merasa derita Natrah semenjak dibawa pulang ke Belanda dan menghabiskan sisa hidupnya di sana, meninggalkan Bonda Aminah, suami dan kawan-kawan sepermainan yang dicinta.
.
Adegan paling mantap ialah monolog dalam Sofea Jane yang mengakhiri pementasan Natrah, di mana beliau berjalan menuju ke gereja. Tatkala cuba untuk melarikan diri dari gereja itu, beliau telah terus terperangkap di sebalik tabir besi. Ini merupakan perlambangan Natrah yang dikristiankan semula tanpa kemahuannya. Adegan ini memang perfect!
.
Sungguhpun begitu, saya merasakan ada babak-babak nyanyian yang tidak perlu. Kadang membuatkan saya sedikit bosan dan lari fokus sambil menaip membalas sms rakan-rakan. Terutamanya adegan Natrah dan Che Aminah berlepas di atas kapal.
.
Sungguhpun penjiwaan amatlah mantap daripada semua teraju utama. Saya terfikir. Adakah Natrah yang sebenar sememangnya terkesan dengan meninggalkan agama Islam. Pada pendapat saya, seawal umur 13 tahun, apa yang Natrah runsingkan ketika itu hanyalah berpisah dengan Che Aminah, suami dan rakan-rakan. Sedang soal agama beliau mungkin masih rapuh dan keliru. Saya tidak tahu. Cuma saya terfikir. Mungkin saya silap. Cuma pendapat.
.
Dan anda silap. Jika datang dengan ekspektasi Natrah segah Puteri Gunung Ledang Muzikal. Atau datang mahu enjoy seperti menonton wayang di TGV. Atau datang kerana semata ini karya dari orang gah ternama - Erma Fatimah. Atau datang kerana orang lain juga sibuk ke sana. (Apatah lagi jika datang tanpa mengenal sapa itu Natrah?)
.
Anda silap besar.
.
Dan anda akan keluar dengan menaip twitter Natrah itu bosan.
.
Jika anda datang untuk menghargai usaha Erma Fatima membawa kembali sejarah ini. Dan menghayati penderitaan Natrah. Mungkin anda akan ketemu apa yang anda cari. Dan saya ketemu apa yang saya mahu.
.
Tahniah Erma Fatimah! Anda tidak pernah menghampakan saya!
.
Tulus,
Hairi Tahir

1:27 PM

NaTRaH

aKu YaNG TuLiS Hairi Tahir |

Jelas. Saya ketinggalan bas. Sedang penjualan tiket mengalir deras. Tulus, enggan mahu terlepas.
.
Di kampus, saya diasuh dan dididik soal perundangan yang termaktub di dalam kes Natrah atau lebih mesra di halwa telinga saya yang menghafal kes ini demi kertas peperiksaan: Re Maria Huberdina Hertogh.
.
Saya mahu menonton pementasannya. Walau saya seorang diri ke sana. Masihkah ada ruang untuk saya. Menekan tetikus di laman web Istana Budaya tetapi tidak berjaya. RM150 dan RM100 sudah tidak ada. Ah! Saya harus ke sana juga.
.
Pemilihan pelakon yang mantap bagi saya. Siapa bisa nafi kehebatan Sofea Jane, Umi Aida waima Remy Ishak selaku pendatang baru? Maya Karin tetap unggul tetapi saya masih merasa beliau terlalu tua untuk Natrah, gadis di bawah 18 tahun. Sedang potret mahsyur Che Aminah memeluk dukung Natrah yang berpaut dari belakang, bisakah saya membayangkan Maya Karin didukung oleh Umi Aida? (Geleng kepala)
.
Notakaki: Diana Danielle, benar anda berundur cara baik. Namun anda materialistik. Jika benar pun pihak produksi berjanji dengan nilai tertentu, selaku anak seni yang tulus, bayaran bisa tolak ke tepi. Anak seni perlu tulus. Atau anda melakukan seni untuk memartabat diri sendiri? Bazir.
.
Saya perlu mendapatkan tiket. Tidak kira berapa nilainya sekalipun. Tidak kira jika tiada siapa mahu turut serta. Saya tetap mahu ke sana.
.
TERKINI: Saya sudah berjaya mendapatkan tiket! Terima Kasih, Affa! Akan pergi menonton bersama Affa dan Noreen. RM30 pun jadilah walaupun RM150 dan RM100 sudah habis dijual online. Daripada tiada langsung.
.
Hairi Tahir

8:40 PM

MeNuKiL SeNi

aKu YaNG TuLiS Hairi Tahir |

Nukilan seni terbaru saya. Khas untuk Majlis Makan Malam firma guaman Albar & Partners.

Notakaki: Rindu melakar seni dengan Adobe Photoshop... bapak ah!

1:06 PM

SiTuaSi BiKiN Gua MeLeNTiNG

aKu YaNG TuLiS Hairi Tahir |

"Cara bawak diri macam umur 30 lebih. Tapi nampak muda macam 28 tahun."
.
.
.
.....
...
.
Tapi aku 25! Kekdahnya aku tetap nampak tua la kan! Bengang la keadaan ini! Fine! Aku nak pegi suntik Botox banyak-banyak sampai kulit aku tegang macam cadar katil asrama di pagi Sabtu sebelum warden datang spot check!

8:55 PM

CoNVo Si iPiN

aKu YaNG TuLiS Hairi Tahir |

Seperti yang telah sedia maklum, si genit berbaju merah jambu ialah Ipin a.k.a Aliya. Sebelah dia berbaju oren itu rakan sebaya beliau. Motif penceritaan berdasarkan ilustrasi gambar: Tadika-tadika zaman sekarang memang over. Siap berkonsert, baju kostum tempah sampai RM100 bagai. Zaman saya kecik mana ada seme mendatang nih. Pakai uniform skola je amek skrol. Ceh.. "amek skrol" tak tahan... Apa-apa pun tahniahlah kepada si genit ni atas kejayaan menamatkan zaman tadika fasa pertama.

12:20 PM

TuN FaTiMaH

aKu YaNG TuLiS Hairi Tahir |

Ini percubaan saya untuk menulis dengan menggunakan bahasa Melayu ala-ala skema kertas jawapan karangan Bahasa Melayu SPM.
.
Pada minggu yang lepas, saya dan rakan-rakan sepejabat di Bank Negara Malaysia bercadang ingin menonton seraya memberi sokongan kepada sahabat kami, Meor Hamzah yang akan beraksi di pementasan bangsawan - Tun Fatimah, bertempat di Matic. Cikgu kami, Nizam juga akan berlakon sama. Selepas Maghrib, saya, Affa, Fay, Fida, Kak Lisa (dan suami) dan Zila bertolak ke Matic. Perjalanan ke Matic sungguh mencabar bagi saya kerana walaupun tidak jauh, namun saya mengalami angin dalam badan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi memicit bahu saya sehingga saya sendawa berirama.
.
Setibanya di sana, penonton sudah ramai, al maklumlah, masuk percuma, bukan? Meor Hamzah terlibat dengan babak pertama.
.
Secara keseluruhannya, pementasan ini memang menghiburkan. Apatah lagi tunjangnya oleh nama besar dalam industri lakonan seperti Jalaludin Hasan, Kusdiwadinata dan Mardiana. Selain itu, kami berpeluang berjumpa dengan biduanita seni bangsawan.
.
Kepada saudara Meor, tahniah!



6:12 PM

MeReNDaM BaDaN

aKu YaNG TuLiS Hairi Tahir |

Merendam diri dalam sungai. Saya ada satu kebolehan mutlak yang saya tahu saya ada tetapi tidak pernah saya cuba - Tenggelam tanpa timbul sampai bila-bila. Airnya sejuk menggila babi. Walaupun saya tahu saya hot, tapi saya tetap tidak tahan dengan kesejukan air sungai Genting ni. Oh, ya. Lupa mau intro. Gambar di atas ialah pemandangan Sungai Genting ya.


Inilah dia Cik Kiah aka Kak Dilla, merangkap ketua rombongan. Dalam kekalutan dan kurangnya keyakinan masyarakat BNM bahawa hari takkan hujan, Cik Kiah kita ni tetap yakin picnic bisa dijalankan dengan penuh jaya dan khusyuk.

Yang ini tukang cadang Sungai Genting. Katanya ada ikan-ikan berenang. Tak nampak pun. Kanak-kanak memang poyo. Mula-mula malu. Dah lama, buas sampai saya pun tak bley blah nak control. Dahlah saya sendiri tak stabil dalam air tu. Takut kang sama-sama tenggelam. Malulah masuk paper saya tak jadik hero. Jadi mangsa plak. Down sungguh keadaan itu.
Best la juga Sungai Genting ni sebab tak ramai orang. Lagi best kalao diorang yang lain ada. Bulan Disember kan, bulan berkahwin secara berjemaah. Jadi ramailah geng yang menghadiri perkahwinan instead menghadiri majlis merendam tubuh badan.
Ada gaya bapak yang kewl tak?

Hairi Tahir melaporkan.

12:18 AM

SaTu

aKu YaNG TuLiS Hairi Tahir |

Seni itu abstrak. Seni itu halus.
.
.
.
Erm.. bukan.
Bukan makhluk halus.
>sigh<
.
Siapakah orang seni?
.
Si gadis cantik bimbo dengan keputusan SPM teruk mencuba nasib berlakon berpuluh drama kita panggil anak seni?
.
Atau anak buah saya yang mencuri pen babanya dari beg lantas menconteng dinding dapur sehingga dipukul orang gaji?
.
Atau sekumpulan anak-anak murid gigih berlatih persembahan hari kantin sekolah sendiri?
.
Atau mat-mat rempit bermain gitar tong dan bernyanyi ramai-ramai lagi XPDC?
.
Atau sekumpulan warga korporat melepas letih seharian bekerja di karaoke?
.
Semua orang boleh mendabik dada dan melaung: AKU ANAK SENI
.
.
Arakian, siapakah anak seni?
.
.
Anak seni itu bukanlah mereka yang berdaftar sebagai pelajar ASWARA mahu lepasannya sahaja. Atau kepada mereka yang sudah menerbitkan album dan menerima anugerah WIRAMA. Atau kepada mereka yang sudah mementaskan puluhan teater dan drama sandiwara. Atau komposer lagu mengubah irama dan lirik lantas mengungguli carta. Atau sekumpulan belia bersatu dan menggelarkan mereka band indie dan bermain alat muzik di gig merata.
.
tersenyum sendiri depan pc
.
Anak seni tulus dan ikhlas berkorban demi karya seni.
.
.
Bukan sanjungan tinggi didamba. Bukan gigih mengejar nama.
.
.
Berkongsi rasa tulus dari suara hati.
.
.
.
Usaha mereka memartabat seni.
.
.
Bukan ’berkarya seni’ untuk memartabat diri sendiri.
Kerana perilaku sebegitu tidak ubah seperti pelacur yang menjual diri
Mereka menjual dan melacur seni.
Untuk manfaat diri sendiri
.
Kembara anak seni bukan mudah.
Seketika, anak seni terpaksa meninggalkan mereka yang dicinta
Bukan mudah meninggalkan ayahanda dan bunda yang uzur jasadnya
Bukan mudah meninggalkan suami yang mahu belaian isterinya
Bukan mudah meninggalkan isteri yang sarat mengandung anaknya
Bukan mudah meninggalkan anak yang rindu dodoian ibu ayahnya
Bukan mudah meninggalkan rakan taulan duduk bersama
Perpisahan yang dianggap biasa
Tetapi masih menguji utuhkah minda dan iman di dada
.
Demi karya seni yang tulus dan suci
Kita menepis sebarang prejudis
.
.
Kita melucut darjat pejabat
.
.
Kita melupus perbedaan perkauman
.
.
Anak seni bukan orang dayus menyerah diri untuk dinista mereka yang dangkal menilai perjalanan sebuah karya seni. Malah tidak jemu waima malu untuk menghenyak ego diri ke telapak kaki. Setiap lafaz, gerak gaya dan tari punya kisah dan dakwah tersendiri. Khas untuk mereka yang mahu apresiasi sebuah karya seni.
.
.
Benar, tidak semua suka.
Benar, ada orang ludah kita.
Benar, ada orang caci menghina.
.
.
.
Tapi tari itu kita yang punya
Riwayat itu kita penglipurnya
Dan hanya kita yang tahu kisah kita
Jika tidak kerna seni itu kita bukan kita
.
.
Dan kita adalah satu.
.

.

Khas buat mereka yang tulus dengan sebuah karya seni

Our Story: The Musical

(sempena ulangtahun BNM ke-50)

Hairi Tahir

Subscribe